Replace Autogate Wheels, Rollers and Autogate System For This Extra Wide Gate in Kajang
Menggantikan Autogate Roda, Roller dan Sistem Autogate Untuk Pagar Yang Lebih Luas/Panjang di Kajang
Selesai satu projek dimana kali ini menggantikan autogate sliding motor yang lama, menukar roda dan roller yang telah rosak. Pelanggan memberitahu pagarnya baru sahaja lepas dilanggar, jadi pagar tersebut agak sedikit bengkok dan semua roda juga rosak. Sistem autogate pelanggan sudah lama digunakan dan selalu mengalami masalah, daripada terus membazir kerana sering membaikinya, lebih baik tukar dengan sistem yang baru. Sliding autogate system yang digunakan sebelum ini kecil dan tidak sesuai dengan jenis gate yang besar dan berat sebab itu autogate nya selalu rosak. Anda perlu bijak memilih sebelum melakukan sebarang pembelian dan pemasangan, pastikan apa yang tawarkan sesuai dengan keperluan anda.
Pelanggan ini telah menghubungi banyak autogate company, tapi semuanya tidak mahu buat, mereka kata susah nak tukar roda, tukar roller, nak ganti motor lagi, semua nak kerja senang, nasib baik pelanggan jumpa syarikat kami, dalam masa setengah hari semua masalah autogate pelanggan dapat di selesaikan dan autogate tersebut berfungsi semula seperti baru dibuat.
Pasukan EE Automation terdiri daripada jurutera dan juruteknik yang terlatih secara profesional. Juruteknik kami yang berpengalaman tahu apa yang perlu dilakukan, mereka akan cuba menyelesaikan setiap masalah berkaitan dengan sistem autogate dan akan membawa spare part autogate dengan mereka, supaya kami boleh memastikan autogate rosak dan masalah autogate anda dapat diperbaiki dengan segera. Kami menyediakan perkhidmatan selepas jualan, juga menitikberatkan kepuasan pelanggan dan kualiti. Hanya autogate high quality sahaja dijual kepada pelanggan kami. Kami akan memastikan semua masalah autogate anda dapat diselesaikan dengan cepat dan betul.
Hubungi EE Automation di talian 03 – 8062 5891 / 016 – 639 2272 untuk keperluan autogate anda dan layari https://eeautomation.com.my. Anda boleh datang terus ke bilik pameran kami yang beralamat di EE Automation & Technology Sdn Bhd 33, Jalan Puteri 1/8, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor.





Leave a Reply