Autogate Specialist
Call Us: 03 – 8062 5891

Autogate Bangsar – Masalah Wiring Autogate Punca DB Trip

Masalah Wiring Autogate Punca DB Trip

Wiring autogate ni antara bahagian paling penting dalam sistem autogate rumah. Kalau wiring tak elok, memang susah sistem nak berfungsi dengan betul. Banyak masalah autogate berpunca daripada sambungan wayar yang tak kemas, kabel tak sesuai atau kerja wiring yang asal boleh je. Sebab tu sangat penting untuk pilih installer autogate yang berpengalaman dan tahu cara nak buat wiring dengan betul dan selamat. Bila wiring dibuat elok dari awal, anda pun senang hati di masa akan datang tak perlu risau autogate tetiba tak boleh buka, atau kena panggil technician selalu.

Ramai pelanggan yang ambil mudah bab wiring ni, sebab nampak macam benda kecil. Tapi sebenarnya, kabel yang digunakan untuk autogate mesti sesuai untuk kegunaan luar rumah kena tahan cuaca panas, hujan, serangga dan lembapan. Kalau guna kabel biasa, cepat rosak, terputus atau jadi short circuit. Kami hanya guna kabel jenis high quality armoured cable yang tahan lama dan keras sikit luarannya supaya tak mudah putus. Lagi satu, kami tak buat kerja sambung-sambung wayar semua wiring dibuat terus dari papan utama ke autogate, lebih selamat dan tahan lama. Wiring yang kami pasang elok boleh tahan sampai 20 ke 30 tahun tanpa masalah.

Tak kira wiring untuk autogate atau wiring dalam rumah atau sistem keselamatan rumah pastikan semuanya dalam keadaan baik dan ikut spesifikasi yang betul. Ini bukan soal mudah guna atau tahan lama je, tapi juga melibatkan keselamatan rumah dan nyawa. Wayar yang rosak boleh sebabkan DB trip, renjatan elektrik atau kebakaran jika tak dijaga. Jadi jangan kompromi bab wiring ni. Serahkan kepada team yang betul-betul tahu buat kerja dimana ia akan membuatkan sistem autogate anda akan bertahan lama dan berfungsi dengan lancar setiap hari.

Wiring Autogate Repair Bangsar
Wiring Autogate Repair Bangsar

Sliding Motor Autogate Okay – Ground Autogate Wiring Bermasalah

Kami dihubungi customer daripada Bangsar yang merupakan customer lama autogate yang menggunakan Tronica-328 DC Sliding Autogate System. Dari apa yang customer beritahu, apabila buka autogate saja, satu rumah mesti trip. Customer kata sudah panggil wireman, mereka kata wiring okay, mungkin autogate parts problem. Apabila kami lakukan pemeriksaan, auto gate parts semuanya okay, kami dapati ground wiring autogate ada masalah, kami syak mungkin wireman tidak pengalaman atau tidak mahu tukar wiring autogate tersebut. Tapi tidak apa, kami sedia membantu untuk selesaikan masalah autogate wiring tersebut. Oleh kerana rumah customer ada tiles semua, jadi kami hanya buat surface autogate wiring, dari point terdekat jalan pergi ke motor autogate. Main wiring sahaja yang bermasalah, wiring autogate arm masih lagi okay. Sekarang customer boleh menggunalan slding autogate nya semula.

Untuk autogate wiring, kami akan menggunakan kabel berkualiti tinggi dengan cara pemasangan kabel yang betul. Kami buat perniagaan jangka masa lama, jadi kena pastikan setiap kali servis yang dibuat akan tahan lama dan customer pun senang hati Dapatkan mereka yang berpengalaman untuk kendalikan autogate anda.

Lagi satu masalah, customer kata water heater pun sama, apabila on mesti berlakunya trip kadang-kadang. Untuk itu, kami syorkan customer panggil Mr Electrician, mereka ini pakar betulkan semua masalah wiring.

Autogate Expert Bangsar
Autogate Expert Bangsar

Hubungi Kami Untuk Baiki dan Pasang Autogate Hari Ini

Sekiranya autogate anda tidak berfungsi. Hubungi kami untuk lakukan pemeriksaan. Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk autogate wiring, pemasangan kron autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate.

Kami ada autogate repair specialist dan mempunyai semua autogate spare parts untuk semua jenama autogate Malaysia atau jenama autogate antarabangsa. Kami memberi servis autogate yang cepat, mudah dan berkesan. Kami di EE Automation hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kami ada dekat dengan anda, auto gate repair near me untuk semua auto gate repair klang valley. Untuk lebih info hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 atau oleh https://www.youtube.com/@Eeautomation

Leave a Reply

About Us

EE Automation is a supplier and installer of Security Systems including CCTV systems, Alarm systems, Door Access Systems, Barrier Gate Systems, and MATV.EE Automation has been in business since 1998 and has become a nationally recognized leader in the security industry and has partnered with companies like Super Guard, Skycam, Samsung, Paradox and Panasonic. Our area of services include Kuala Kumpur (KL), Petaling Jaya (PJ), Puchong, Shah Alam and Cheras.

Find out more about us here.

Contact Us

Call Us Now!
03 – 8062 5891

EE Automation & Technology Sdn Bhd

33, Jalan Puteri 1/8,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
(Next to Giant/ Behind Hotel 99)

Tel 1: 03 - 8062 5891
Tel 2: 03 - 8052 1200
Mobile: 012 - 405 8791
Mobile: 016 - 639 2272

Email: eecctv9@gmail.com

Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeCheck Our Feed
WhatsApp us
Call Us Now