Autogate Specialist
Call Us: 03 – 8062 5891

Kami Jual Autogate Spare Parts Baru Dan Original

Kami Jual Autogate Spare Parts Baru Dan Original

Ramai pelanggan sebenarnya boleh kenal pasti sendiri masalah autogate di rumah mereka, dan ada yang memang mahir untuk baiki autogate sendiri. Mereka hanya perlukan spare parts yang sesuai untuk menggantikan komponen yang rosak. Kami sedia membantu dengan menyediakan autogate spare parts untuk pelbagai jenama dan model yang popular, supaya pelanggan boleh terus membuat pembaikan sendiri tanpa perlu tunggu teknisyen.

Kami mempunyai stok spare parts untuk jenama autogate terkenal seperti Tronica®, KRON, FBM, Dnor 712, Dnor 212, OAE 333a dan E8. Semua parts adalah original dan berkualiti, memastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar dan tahan lama. Jadi, walaupun anda cuma nak beli parts untuk arm autogate atau komponen kecil lain, kami boleh sediakan semuanya untuk anda.

Antara spare parts yang sering dicari pelanggan termasuk arm autogate, arm autogate dc motor, coupling, bracket, autogate control panel untuk pelbagai model seperti S3, S1, F5, 433mhz autogate remote receiver, 433mhz autogate remote control, transformer 24v/12v/9v, bateri autogate 12Ah dan banyak lagi. Dengan stok lengkap ini, pelanggan boleh terus menukar sendiri komponen yang rosak dan autogate kembali berfungsi tanpa masalah, lebih cepat dan jimat kos servis.

Dnor Autogate Spare Parts Klang
Dnor Autogate Spare Parts Klang

Dnor 212 Arm Autogate DC Motor Diperlukan

Seperti customer ini daripada Klang yang menggunakan Dnor 212 arm autogate dan ada masalah autogate arm tersebut tidak berfungsi. Untuk mencari puncanya, customer telah buka arm autogate untuk melihat keadaan dalam dan mendapati autogate arm mini dc motor tidak berfungsi lagi. Jadi customer memerlukan autogate spare parts dnor 212 arm autogate dc motor.

Customer beritahu hampir seminggu cari autogate spare parts di area Klang tak jumpa, akhirnya dapat hubungi EE Automation dan kami ada dnor 212 arm autogate mini dc motor baru dan original yang ready stock. Customer datang ke tempat kami dan beli dnor autogate spare parts. Kami dapat info daripada customer yang dnor 212 arm autogate berfungsi semula setelah motor digantikan.

Kedai Autogate Spare Parts Klang
Kedai Autogate Spare Parts Klang

Menjual, Pembaiki Dan Pemasang Autogate di Selangor Dan KL

Walaupun anda memilih untuk baiki autogate sendiri di rumah, kami sentiasa sedia untuk memberikan bantuan, nasihat atau panduan teknikal tambahan sekiranya diperlukan. Kami faham bahawa setiap autogate mungkin ada masalah berbeza dan kadang-kadang memerlukan cara khusus untuk dibaiki. Oleh itu, jika anda menghadapi kesukaran atau tidak pasti tentang langkah-langkah tertentu, pasukan kami boleh tunjukkan cara yang betul supaya proses pembaikan lebih selamat dan berkesan. Kami menghargai setiap pelanggan dan sentiasa memastikan anda mendapat sokongan yang terbaik supaya autogate anda berfungsi dengan baik tanpa gangguan.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk pasang sistem autogate baru, kami amat mengesyorkan jenama Tronica® kerana ia tahan lama, mudah diselenggara dan mempunyai prestasi yang boleh dipercayai. Selain itu, jika anda perlukan servis baiki autogate, pasukan kami juga sedia membantu dari awal hingga akhir. Kami boleh buat pemeriksaan, cadangkan penyelesaian yang paling sesuai, dan membaiki autogate dengan spare parts berkualiti tinggi, supaya autogate anda kembali lancar seperti baru. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri autogate, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang pantas, selamat, dan memuaskan setiap customer.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment

Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now

Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.

EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero Market)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791

Whatsapp: https://wa.me/60124058791

Youtube: https://youtu.be/7yXJFafhczo / https://youtu.be/nvSifMMO9Jk

Leave a Reply

About Us

EE Automation is a supplier and installer of Security Systems including CCTV systems, Alarm systems, Door Access Systems, Barrier Gate Systems, and MATV.EE Automation has been in business since 1998 and has become a nationally recognized leader in the security industry and has partnered with companies like Super Guard, Skycam, Samsung, Paradox and Panasonic. Our area of services include Kuala Kumpur (KL), Petaling Jaya (PJ), Puchong, Shah Alam and Cheras.

Find out more about us here.

Contact Us

Call Us Now!
03 – 8062 5891

EE Automation & Technology Sdn Bhd

33, Jalan Puteri 1/8,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
(Next to Giant/ Behind Hotel 99)

Tel 1: 03 - 8062 5891
Tel 2: 03 - 8052 1200
Mobile: 012 - 405 8791
Mobile: 016 - 639 2272

Email: eecctv9@gmail.com

Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeCheck Our Feed
WhatsApp us
Call Us Now