Folding Autogate Kota Kemuning – Tukar Roda Autogate Stainless Steel
Hari jumaat lepas kami ke Kota Kemuning Shah Alam untuk fix folding auto gate yang ada masalah dengan roda pagar autogate. Ini merupakan customer lama yang kami pernah gantikan tukar motherboard autogate. Kes customer ini dimana sudah lama ada masalah dengan roda autogate yang selalu roller autogate selalu jump off track dan kadang-kadang autogate sangkut buka separuh tetapi customer biarkan sahaja, ada juga sampai autogate roller tercabut dan customer pasangkan semula roda autogate tersebut.
Malam tadi tiba-tiba autogate roller menjadi lebih teruk, nak masukkan semula roda autogate tercabut tu pun tak boleh dimasukkan balik. Itu yang customer hubungi kami dan bertanya jika kami boleh buat service auto gate roller replacement. Memang kami ada buat servis tukar roda pagar autogate folding dan kami akan menggunakan 304 Stainless Steel Gate Bottom Wheels, kami juga berikan auto gate roller repair cost dan customer setuju.
Tiba hari kami lakukan pemasangan roda autogate baru, kami dapati kontraktor lama tak tukar bearing roller yang berada didalam pagar, setelah kami tanggalkan bearing roller, air karat banyak keluar, dia bertakung dalam pagar. Kemudian baru kami pasang bearing roller stainless steel yang baru dan roda stainless autogate yang baru. Sekarang kami selesai menggantikan roda tayar autogate stainless steel/ replacing stainless steel autogate roller dengan heavy duty autogate roller buatan malaysia.
Letakkan WD40 Pada Bahagian Bergerak Di Pintu Pagar Folding
Bila semua kerja pemasangan dan pembaikan dah siap, kami akan buat testing dulu untuk pastikan autogate bergerak dengan lancar. Kami juga tunjukkan pada customer cara yang betul nak letak atau sembur minyak WD40 pada bahagian yang bergerak contohnya dekat roda, bearing gate dan juga hinge pintu pagar. Benda ni nampak remeh, tapi penting untuk bagi pergerakan autogate tu kekal smooth. Biasanya cukup buat seminggu sekali atau dua minggu sekali je dah memadai.
Untuk jenis folding autogate pula, memang kami akan beritahu awal yang sistem ni ada banyak bahagian bergerak, jadi risiko untuk rosak memang lebih tinggi sikit. Sebab tu kami tak bagi waranti untuk kerja tukar roller autogate atau gate hinges, tapi kami tetap guna barang yang elok dan pasang dengan cara yang betul. Kami akan pastikan setiap roda autogate diganti dengan kemas supaya tahan lama dan tak cepat longgar. Pendek kata, walaupun tak ada waranti, kami tetap buat kerja dengan teliti supaya customer puas hati dan autogate boleh tahan lama.
Mencari Kontraktor Baiki Autogate Terbaik
Dengan kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru Tronica® Autogate customer akan segera hubungi kami.
Itu yang kami katakan penyelesaian autogate dalam satu hentian dibawah satu bumbung, kami datang boleh selesaikan semula masalah autogate dalam satu masa. Kami mempunyai team yang berkemahiran dan membawa semua autogate spare parts disana.
Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Kota Kemuning dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk, tukar roda autogate, baiki autogate tak boleh buka, repair autogate motherboard, repair autogate remote control, folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
(Besides Hero Market)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/7yXJFafhczo








Leave a Reply