Baiki & Gantikan Arm Autogate untuk Pelbagai Jenama
Kami sering dipanggil untuk baiki masalah autogate arm tidak berfungsi, terutamanya untuk jenama popular seperti Dnor, Kron, OAE, dan lain-lain. Biasanya, bila salah satu sisi autogate tak boleh buka, puncanya memang datang dari arm autogate yang rosak. Tapi jangan risau – kami akan buat pemeriksaan dahulu untuk pastikan masalah sebenar sebelum buat apa-apa penggantian.
Kami juga sentiasa bawa spare parts autogate untuk pelbagai jenama supaya kerja servis dan penggantian boleh dibuat dengan cepat dan terus di tempat anda. Kalau hanya satu unit arm autogate yang rosak, tak perlu tukar satu set terus. Ganti sebelah sahaja pun sudah cukup, dan komponen lain seperti remote, motherboard dan transformer boleh digunakan semula. Jenama berbeza juga tak jadi masalah — cuma design mungkin sedikit berbeza, tapi fungsi tetap sama.
Ganti 2 Unit Dnor 712 Arm Autogate di Saujana Putra
Customer dari Putra Perdna hubungi kami semula baru-baru ini. Kali terakhir kami servis rumahnya pada tahun 2019 untuk ganti arm autogate sebelah kanan dengan model Dnor 712 original. Ketika itu, installer asal tidak dapat bantu kerana tiada spare part, jadi mereka disyorkan kepada kami oleh kawannya.
Kali ini, arm autogate sebelah kiri pula rosak. Kami terus datang dan sahkan kerosakan, lalu gantikan dengan unit baru Dnor 712 original, sama seperti yang sebelah kanan. Selain itu, customer juga ada masalah dengan roller folding gate yang kerap terkeluar dari trek. Kami tawarkan untuk ganti dengan stainless steel autogate wheels, dan customer setuju. Semua selesai pada hari yang sama, dan customer sangat berpuas hati dengan servis cepat serta kualiti produk kami yang tahan lama.
Servis Arm Autogate Kami di Seluruh KL & Selangor
Setiap hari, kami menjalankan servis pembaikan dan pemasangan autogate di pelbagai kawasan sekitar Lembah Klang. Dengan pasukan teknikal yang berpengalaman dan peralatan lengkap, kami dapat memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkualiti. Kami juga sentiasa membawa stok alat ganti untuk pelbagai jenama autogate terkenal seperti Tronica, Kron, Dnor (untuk sistem swing dan folding), FBM dan OAE. Disebabkan itu, kerja penggantian atau pembaikan dapat dilakukan terus di lokasi pelanggan tanpa perlu tunggu lama. Sama ada anda perlukan pemasangan sistem baru atau sekadar menggantikan arm autogate yang rosak, kami bersedia membantu dengan servis yang boleh dipercayai dan hasil kerja yang memuaskan.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 03 – 8062 5891 / 016-639 2272
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs





Leave a Reply