Autogate Specialist
Call Us: 03 – 8062 5891

Autogate Jalan Kebun – Masalah Autogate Baru Tak Boleh Buka

Autogate Jalan Kebun – Masalah Autogate Baru Tak Boleh Buka

Ini job autogate beberapa hari lepas dimana kami terima panggilan daripada seorang customer di Jalan Kebun Shah Alam yang menghadapi masalah Dnor 712 autogate tak boleh buka langsung, tak kira guna autogate remote control atau suis dalam rumah. Dari cerita awal customer, kami dah agak mungkin ada masalah pada autogate control panel. Dari apa yang customer beritahu, dnor autogate ini baru sahaja dipasang tak sampai setahun.

Customer cuba hubungi balik autogate installer lama tu, tapi malangnya dah tak dapat dihubungi. Disebabkan masalah autogate ni tak boleh dibiarkan lama, dia terus hubungi kami di EE Automation atas saranan kawannya. Bila kami sampai dan buat troubleshooting Dnor 712 autogate, kami dapati masalah sebenar bukan pada control panel biasa, tapi IC board dalam control panel tu dah rosak. Kami periksa betul-betul dan nampak jelas board tu bukan baru rupa fizikalnya dah lama, macam barang terpakai. Bila kami tanya customer, dia pun terkejut sebab memang baru bayar untuk board baru dua bulan lepas.

Daripada pengalaman kami, perkara macam ni memang kerap berlaku bila berurusan dengan kontraktor autogate “cowboy”. Ada yang kononnya tukar parts baru, tapi sebenarnya guna autogate motherboard terpakai yang diambil daripada rumah pelanggan lain. Mereka buat macam tu sebab nak jimat kos, tapi kesannya barang cepat rosak dan customer pula yang terpaksa tanggung kerugian. Sebab tu penting untuk pilih autogate service company yang dipercayai dan pastikan mereka tunjukkan parts baru sebelum pasang.

Autogate Repair Specialist Jalan Kebun
Autogate Repair Specialist Jalan Kebun

Dnor 712 Autogate Baru Rosak – Rupanya Guna Control Board Terpakai!

Sebagai penyelesaian, kami terus gantikan autogate board dan panel yang rosak tu dengan PCB board baru berkualiti tinggi. Semua parts yang kami gunakan datang terus daripada pembekal sah dan ada jaminan. Lepas kami siap pasang dan test, autogate Dnor 712 customer tu kembali berfungsi dengan baik boleh buka dan tutup guna remote serta suis seperti biasa. Customer pun lega sebab akhirnya masalah selesai sepenuhnya tanpa perlu risau lagi tentang board cepat rosak.

Kes macam ni jadi pengajaran penting kepada semua pemilik autogate jangan mudah percaya bila orang kata parts “baru” tanpa bukti. Pastikan servis dilakukan oleh pakar autogate sebenar yang ada reputasi dan pengalaman. Kalau installer guna barang lama atau tiruan, ia bukan saja tak tahan lama tapi juga boleh merosakkan komponen lain dalam sistem. Dengan EE Automation, kami sentiasa guna parts original, kerja kemas dan telus supaya setiap customer rasa yakin dan puas hati dengan hasilnya.

Kami Akan Pastikan Autogate Anda Berfungsi Seperti Biasa

Tidak kira masalah apa yang anda hadapi dengan autogate, kami disini ada untuk membantu. Hanya hubungi Mr Sam 012 – 405 8791 jika autogate anda rosak atau patah disebabkan kemalagan ataupun lain-lain punca. Sekiranya anda nak pasang autogate baru, kami sangat syoekan Tronica® Arm Autogate System.

Team kami akan datang secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah autogate rosak anda dengan cara baiki autogate yang cepat dan berkesan. Masalah autogate anda dapat diselesaikan terus pada masa kami datang.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment

Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica 929 now

Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica-929 Arm Autogate System kami.

EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero Market)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791

Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/7yXJFafhczo / https://youtu.be/nvSifMMO9Jk

Leave a Reply

About Us

EE Automation is a supplier and installer of Security Systems including CCTV systems, Alarm systems, Door Access Systems, Barrier Gate Systems, and MATV.EE Automation has been in business since 1998 and has become a nationally recognized leader in the security industry and has partnered with companies like Super Guard, Skycam, Samsung, Paradox and Panasonic. Our area of services include Kuala Kumpur (KL), Petaling Jaya (PJ), Puchong, Shah Alam and Cheras.

Find out more about us here.

Contact Us

Call Us Now!
03 – 8062 5891

EE Automation & Technology Sdn Bhd

33, Jalan Puteri 1/8,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
(Next to Giant/ Behind Hotel 99)

Tel 1: 03 - 8062 5891
Tel 2: 03 - 8052 1200
Mobile: 012 - 405 8791
Mobile: 016 - 639 2272

Email: eecctv9@gmail.com

Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeCheck Our Feed
WhatsApp us
Call Us Now